Friday, August 27, 2010

TERLINTAS INGATAN LAMPAU

bebrapa bulan dulu aku disarankan olih hj. abu seman dan salehuddin omar agar aku mula menulis blog bagi mengimbau kenangan silam. kepulangan anakandaku manja ke rumah membawa kepada permulaan penulisan blog ini.Melihat blog rakan-rakan veteran 69 membuatkan kenangan lampau kembali ke ingatan. saat manis dan pahit bersama mereka susah payah mengharungi kepayahan dan segala kesulitan di dalam meneruskan perjuangan pejuang terdahulu membebaskan negara. 

Aku memulakan kerjaya sebagai seorang angguta Vat 69 pada tahun 1970 yang lalu di Kubu Brook pendalaman negeri Kelantan. kami dilatih olih sekumpulan askar British yang mahir dengan teknik peperangan dihutan mereka dikenali dengan SAS. Nasib aku kurang baik dimana aku  telah ditangkap olih jurulatih kumpulan ketika aku mencuri ayam semasa latihan survival dimana aku telah tidak mendapat makan atau bekalan satelah 3 hari dilepaskan didalam hutan kesorangan olih jurulatih SAS tadi. kejadian kecurian ini diketahui olih SAS apabila aduan dibuat olih masyarakat Orang Asli. Aku dihantar balik berjalan kaki kesorangan dari Pos Brook ke Blue Valley Cameron Highland. MasyaALLAH perjalanan seorang diri ketika itu begitu menakutkan sungguhpun aku dibekalkan dengan senjata SLR dan 400 rds peluru.Aku tidak takut dengan CT tetapi fikiranku berlegar agar aku tidak diterkam oleh pak belang. sebab CT pergerakannya boleh dikesan tetapi pak belang lebih pantas dari itu. Alhamdulillah aku sampai di Blue Valley dengan selamat dan diambil olih pemandu yang dikenal dgn panggilan wak jawa.

kegagalan aku tidak mematahkan semangatku sebaliknya aku sekali lagi secara sukarela menyertai unit vat 69 pada tahun 1972 dan diterima menjalani latihan asas di kubu khemar setelah berjaya dalam pemilihan awal di kubu legap,perak. selama 18 tahun berkhidmat dengan vat 69 bermacam-macam pengalaman yang aku lalui pahit dan getir sedih dan duka kematian rakan-rakan semasa operasi bamboo, ops karibo, ops indera dan ops setia. aku meninggalkan vat 69 dengan membawa pangkat sarjan. 

itu saja buat permulaan memulakan bicara penulisan di dalam blog yang tidak seberapa ini. pengalaman lain akan terus dikongsikan di dalam blog ini di masa akan datang. InsyaALLAH....